AIM sasar bantu 400,000 Sahabat

Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia memberi sumbangan kepada 111 orang Sahabat AIM di Kuala Lumpur dan Selangor dalam Majlis Iftar Bersama Media, di sini hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia memberi sumbangan kepada 111 orang Sahabat AIM di Kuala Lumpur dan Selangor dalam Majlis Iftar Bersama Media, di sini hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan 400,000 ahli (Sahabat) menjelang akhir tahun ini, dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion bagi pembiayaan mikro.

Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Junaidah Kiting berkata, AIM telah mengeluarkan pinjaman secara kumulatifnya sehingga ke hari ini, berjumlah RM22 bilion yang memberi manfaat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

"Jadi saya berharap dengan peningkatan peruntukan ini dapat membantu Sahabat mengembangkan lagi perniagaan dan memberi manfaat kepada lebih ramai wanita daripada kategori B40 untuk menceburi bidang perniagaan," katanya ketika menyampaikan ucapan DI majlis berbuka puasa bersama media di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun, beliau turut menyampaikan sumbangan dalam majlis berkenaan, dalam bentuk barangan makanan asas yang bernilai RM22,000 kepada 111 orang Sahabat AIM di Kuala Lumpur dan Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!