#KuhKussChallenge cetus bantahan
VIENNA - Kerajaan Austria semalam memberi amaran kepada pengguna internet untuk mengelakkan cow-kissing challenge atau cabaran cium lembu kerana didakwa sebagai ‘gangguan berbahaya’.
Aplikasi Switzerland digelar Castl melancarkan #KuhKussChallenge (cabaran cium lembu) kelmarin menggalakkan pengguna di Switzerland dan negara yang menggunakan bahasa Jerman supaya mencium lembu untuk mengumpulkan wang bagi tujuan kebajikan.
Menteri Pertanian, Elisabeth Koestinger bagaimanapun mengecam cabaran tersebut. “Tindakan seperti itu boleh memberi kesan serius,” katanya merujuk kepada lembu boleh menjadi agresif apabila mahu melindungi anaknya.
Mengimbangi aktiviti pelancongan dan penternak lembu adalah topik sensitif di kawasan pergunungan Austria memandangkan ia adalah tonggak penting kepada ekonomi di negara tersebut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!