Kopi RM313 secawan
SAN FRANCISCO - Sebuah kafe di California menyediakan kopi dengan harga AS$75 (RM313) secawan.
Klatch Coffee menyajikan minuman eksklusif, Elida Natural Geisha 803 tersebut di cawangan mereka di California Selatan dan San Francisco.
Nombor 803 itu merujuk kepada harga kopi tersebut AS$803 (RM3,357) per paun yang dijual ketika sesi lelongan baru-baru ini selepas ia memenangi pertandingan Best of Panama Coffee yang didakwa setaraf anugerah berprestij Oscars.
Difahamkan, hanya 45 kilogram biji kopi boleh dibeli dan kebanyakannya boleh didapati di Jepun, China dan Taiwan.
Menurut pemilik bersama kafe itu, Bo Thiara, Klatch dapat membeli 4.5 kilogram dan menjadi cawangan tunggal di Amerika Utara yang memiliki kopi termahal tersebut.
Kopi jenis Arabica dari Panama itu mempunyai rasa teh campuran jasmin dan beri. - AP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!