Karnivel Bling-Bling 2019 himpun lebih 30 selebriti promosi kelengkapan Aidilfitri
Karnival yang berlangsung empat hari di pusat membeli-belah Glo Mall Damansara di Kuala Lumpur itu telah bermula pada 16 Mei 2019.
Lebih menarik, karnivel itu telah diserikan dengan kehadiran ramai selebriti terkemuka tanah air bagi mempromosikan produk jualan dan kelengkapan bagi persediaan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengerusi Eksekutif Glomac, Tan Seri Mohamed Mansor Fatih Din berkata, karnival yang pertama kali diadakan itu tercetus dalam masa singkat dan kompleks beli-belah Glo Damansara di Kuala Lumpur telah dipilih untuk menjadi platformnya.
"Menerusi kerjasama ini, lebih 30 vendor dalam kalangan selebriti dan peniaga menjual pelbagai kelengkapan sempena hari raya kali ini.
"Sekiranya projek ini berjaya, tidak mustahil untuk kami bekerjasama lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara selebriti tempatan yang menyertai karnival tersebut adalah Wak Doyok, Amy Search, Hafiz Hamidun, Norryn Aziz, Akma AF3, Norshila Amin dan ramai lagi.
Selain jualan, pelbagai aktiviti menarik turut diselitkan buat pengunjung antaranya persembahan artis, demo solekan dan banyak lagi.
Karnival yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan ruang parkir yang luas serta pelbagai kemudahan lain yang selesa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!