Kembalikan arus kemanusiaan Muslim
DALAM salah satu daripada artikel media saya, saya telah menyatakan ramai orang Islam mempunyai sikap yang dibimbangi iaitu mereka cuma mengikuti satu ketamadunan sahaja iaitu dunia Islam yang berumur 1,500 tahun.
Orang Islam seperti memandang rendah dan juga menganggap ketamadunan manusia yang lain sebagai jahil.
Saya rasa ini adalah sikap yang tidak betul dan pembacaan saya dalam al-Quran dan hadis tidak memihak kepada sikap ini.
Masalah dengan orang Islam ialah mereka membiarkan pemikiran dan idea mereka dibentuk oleh ustaz yang dilatih dalam pemikiran yang terhad dalam pendidikan jenis madrasah.
Ada orang Islam terlalu malas membaca dan memahami al-Quran dan hadis sendiri atau mereka telah ditakutkan oleh ustaz mereka bahawa mempelajari al-Quran dan hadis tanpa bimbingan yang 'betul’ akan membuat mereka terseleweng dan mendapat murka ALLAH yang Maha Besar.
Oleh itu, saya telah beberapa kali menyebut dalam penulisan saya untuk melatih semula para ustaz dengan mendedahkan mereka kepada kesedaran yang lebih tinggi dalam pemikiran dan idea kemanusiaan.
Orang Islam perlu dibawa balik dalam arus kemanusiaan. Ini tidak bermaksud bahawa Islam sedang dikompromikan tetapi saya mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang akademik bahawa interpretasi sesuatu acara atau idea akan menjadi lebih bermakna apabila konteks yang luas digunakan daripada konteks yang kecil.
Jikalau ustaz dilatih di Amerika Syarikat, England atau Eropah, mereka mungkin mempunyai pandangan yang lain dalam sumber Islam daripada para ustaz yang dilatih di negara Islam seperti Mesir, Arab Saudi, India dan Iran.
Bagi meneruskan wacana saya dalam mendidik semula orang Islam dalam arus kemanusiaan, saya telah menyenaraikan satu cadangan untuk membentuk sebuah institut yang akan melatih semula para ustaz kepada pemikiran global yang luas, kehidupan moden, pemikiran terbuka dan komunikator yang sensitif dalam budaya.
Saya cadangkan ustaz ini menjalani kursus Sarjana Pengajian Islam dan Ketamadunan di institut yang saya akan namakan sebagai CICS (disebut sebagai ‘sis’) atau Pusat Pengajian Islam dan Ketamadunan.
Dalam semester 1, peserta akan didedahkan kepada idea keduniaan daripada pemikir Greek seperti Aristotle dan Plato melalui ahli falsafah moden Barat seperti Hegel dan Kant kepada ahli falsafah Timur seperti Confucious dan Lao Tze di samping mereka bergelut dengan persoalan tentang apakah itu realiti dan bagaimana kemanusiaan perlu melihat dirinya sendiri dalam lingkungan realiti itu.
Para peserta akan juga dapat mengenal akan tradisi hebat agama-agama di dunia dan akan menziarahi kuil, biara dan gereja di samping berinteraksi secara hormat dengan ahli setiap jemaah.
Saya juga telah memperkenalkan pengetahuan asas tentang bagaimana seni bina dan perancang bandar bekerja dalam alam sekitar supaya dapat mendedahkan mereka kepada pemikiran yang baharu dalam sustainable existence.
Norma budaya
Para peserta akan juga didedahkan kepada kepentingan seni dalam pembentukan minda masyarakat. Kesemua kursus ini akan diajar oleh profesor yang mempunyai kaliber terhebat dan seorang komunikator yang hebat.
Aras pengetahuan di tahap pengenalan akan diberikan supaya dapat membentuk suatu idea bahawa dunia ketamadunan manusia ini adalah terlalu luas daripada empat dinding yang terdapat di madrasah.
Dalam semester kedua, peserta akan diminta memilih atau akan diberikan satu fokus budaya. Contohnya, kalau peserta itu memilih budaya orang Cina dari tanah besar China, beliau akan diarahkan dalam bahasa dan dialek tempat itu dan juga sejarah dan norma budaya dalam tempat itu.
Dalam semester ketiga pula, peserta akan dihantar ke tempat yang dipilih dan tenggelamkan diri mereka dalam budaya tempat itu dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sementara menjadi tetamu dalam keluarga angkat mereka.
Peserta akan didedahkan kepada budaya keluarga yang sulit dan juga budaya sosio-ekonomi bagi tempat yang dipilih.
Dalam semester akhir, peserta akan menjalani enam bulan penulisan tesis dalam anggaran 30,000 perkataan. Tesis ini akan meliputi dua bahagian; bahagian pertama adalah deskripsi aspek penting dalam masyarakat yang beliau pilih dan bahagian kedua adalah bagaimana Islam boleh berkomunikasi dan diterangkan dalam lingkungan rangka budaya masyarakat itu sendiri.
Oleh itu, dengan peratus kecil daripada Jakim, selepas 10 tahun kita akan dapat mempercayai bahawa terdapat lebih ramai ustaz yang mendidik anak-anak kita dan mendidik orang dewasa di masjid untuk menjadi sebahagian daripada komunikator penting di antara orang Islam dan orang bukan Islam dalam kawasan tempatan dan arena global.
* Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi ialah Pensyarah UCSI University, Kampus Cheras, Kuala Lumpur
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!