IPD Kampar edar 84 pek makanan dalam Kongsi Sahur

Hasron (dua, kiri) bersama pegawainya memeriksa pek makanan yang akan diedarkan sempena program Kongsi Sahur bersama agensi keselamatan daerah Kampar pagi tadi.
Hasron (dua, kiri) bersama pegawainya memeriksa pek makanan yang akan diedarkan sempena program Kongsi Sahur bersama agensi keselamatan daerah Kampar pagi tadi.
A
A
A

KAMPAR - Sebanyak 84 pek makanan diedarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar sempena program Kongsi Sahur bersama agensi keselamatan daerah itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, program julung kali diadakan itu sebagai tanda keprihatinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pasukan beruniform lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai anggota keselamatan.

Menurutnya, selain diberikan kepada anggota bertugas di tujuh balai IPD Kampar, pek makanan sama turut diedarkan kepada anggota bomba dari Balai Gopeng dan Kampar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis bantuan serta petugas sekatan jalan raya dan peronda polis.

"Memandangkan kita bertugas tanpa mengira masa, perkongsian rezeki sahur ini merupakan satu daripada kolobrasi dan kerjasama antara jabatan beruniform yang ada dalam daerah Kampar ini.

Hasron (kanan) menyerahkan pek makanan kepada penyelia bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Shariman Yusoff.
Hasron (kanan) menyerahkan pek makanan kepada penyelia bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Shariman Yusoff.

"Ini selaras dengan peranan PDRM sendiri sebagai peneraju kepada elemen penguatkuasaan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Pek makanan terdiri nasi berlauk kari ayam, sayur kobis dan ikan goreng, mineral, air kotak dan buah kurma itu disediakan sendiri hasil inisiatif Kelab Polis Kampar.

Beliau berkata, pihaknya memilih untuk membuat kelainan pada Ramadan kali ini berbanding program berbuka puasa yang biasa dilakukan jabatan-jabatan lain.

Artikel Berkaitan:

"Inisiatif ini juga sebagai tanda keprihatinan kita terhadap tugas dan tanggungjawab semua pasukan keselamatan yang bertugas sepanjang Ramadan ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!