'Doakan mommy saya, saya tak kuat...'

Iqbar berkongsi gambar bersama arwah ibunya semasa mereka bercuti di Paris.
Iqbar berkongsi gambar bersama arwah ibunya semasa mereka bercuti di Paris.
A
A
A

KOTA BHARU – Anak Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kecantikan Dnars Skincare yang dikenali sebagai Iqbar Hakim memohon orang ramai mendoakan arwah ibunya ditempatkan bersama para solihin.

Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia pagi tadi selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Iqbar Hakim melalui satu video dan perkongsian di laman sosial Instagramnya menyatakan perasaan sedih dan pilu apabila mendapat perkhabaran tersebut sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya, disebabkan kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

Antara entri yang dikongsi Iqbar di laman sosial Instagramnya.
Antara entri yang dikongsi Iqbar di laman sosial Instagramnya.

“Saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua, kalau boleh sedekahkan al-Fatihah kepada mommy saya semoga dia ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” katanya melalui video tersebut.

Dalam entri yang berlainan, Iqbar turut berkongsi perasaannya yang masih terkejut dengan berita tersebut, selain mewakili Allahyarham ibunya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan, termasuklah untuk menuntut sebarang hutang jika ada.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga memberitahu, tujuan Allahyarham ke Pattani adalah untuk menyelesaikan kewajipan zakat di sana.

“Ujian berat untuk saya, saya tak kuat, tapi saya perlu untuk adik saya tujuh orang,” katanya.

Dalam kejadian pagi tadi, Faziani maut manakala suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah selepas terbabit dalam nahas di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!