Bekas ejen CIA dipenjara 20 tahun
WASHINGTON - Seorang bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun semalam atas kesalahan mengintip untuk China.
Kevin Mallory, 62, disabitkan bersalah mengikut Akta Pengintipan kerana menjual maklumat pertahanan sulit Amerika Syarikat (AS) kepada ejen perisik China dengan bayaran AS$25,000 (RM104399) ketika ke Shanghai pada Mac dan April 2017.
Tertuduh yang fasih berbahasa Mandarin pernah berkhidmat dalam pasukan tentera AS, kemudian sebagai ejen khas perkhidmatan keselamatan di Jabatan Dalam Negeri sebelum menjadi pegawai kes sulit untuk CIA.
Mallory antara beberapa pegawai AS dengan akses keselamatan tahap tertinggi yang ditahan dan didakwa atas kesalahan berurusan dengan perisik China. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!