DPMM Kelantan sifatkan pemergian Faziani kehilangan besar
KOTA BHARU – [DIKEMASKINI] Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad yang terlibat dalam kemalangan di Pattani hari ini.
Yang Dipertuanya Mohd Ali Amin Abd Latif berkata, sepanjang hidupnya, beliau mengenali Allahyarham sebagai seorang yang sangat pemurah dan sentiasa menjaga perihal kebajikan pekerjanya.
“Ia juga merupakan kehilangan besar kepada industri perniagaan produk kecantikan negara terutamanya di Kelantan sendiri.
“Beliau antara usahawan yang berjaya mengetengahkan produk kecantikan di negara ini sebagaimana Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri.
“Apa pun, kami mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarganya atas pemergian arwah dan harap semuanya bersabar dan reda dengan ketentuan Allah di bulan mulia ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!