Pafa bawa masuk Hussein El Dor ganti Zack Anderson

Ahmad Faizal (tengah) melihat bekalan ubat yang terdapat di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh.
Ahmad Faizal (tengah) melihat bekalan ubat yang terdapat di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh.
A
A
A

TAPAH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengesahkan telah menandatangani kontrak bersama pemain pertahanan dari Lebanon, Hussein El Dor.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kemasukan pemain berusia 25 tahun itu bagi menggantikan tempat pemain pertahanan kelahiran Australia, Zac Anderson yang terpaksa dilepaskan selepas mengalami kecederaan.

"Kecederaan dialami Zac Anderson mengambil masa untuk pulih, jadi kita perlukan pemain baru bagi memastikan pasukan Perak dapat bersaing sepanjang musim Liga Super ini," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, rombakan dalam barisan pemain import itu sekali gus menjadikan kontrak setahun yang ditandatangani bersama Zac Anderson Disember lalu adalah terbatal.

"Apabila kita perlu menandatangani pemain baru, maka kita terpaksa batalkan kontrak yang dibuat kepada pemain sebelum ini.

"Kita harap kemasukan Hussein El Dor akan memperkuat jentera pertahanan Perak dalam mengharungi perlawanan sepanjang musim ini," katanya.

Hussein sebelum ini pernah beraksi untuk Churchill Brothers di India.

Pafa pada 9 Mei lalu turut mengumumkan kemasukan dua pemain kelahiran Brazil Ronaldo Henrique Silva, 28 dan Raianderson Da Costa Morais, 23.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ahmad Faizal mengadakan lawatan ke Pusat Pemeriksaan Kesihatan Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh sempena sambutan Hari Wesak di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!