Sasqia Dahuri terpaksa tangguh percutian bulan madu
PELAKON Saqia Dahuri, 33, kini selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Duchess Place pada Sabtu.
Sasqia atau nama lengkapnya, Nurlisasqia Ahmad Dahuri menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh kepada pihak lelaki.
Pada Ahad, pasangan ini diraikan di majlis resepsi yang berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakan kedua belah pihak pengantin. Sementara resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Singapura pada 29 Disember ini.
Sasqia mengikat tali pertunangan dengan Asyaf yang juga seorang ahli perniagaan hartanah Singapura, pada Januari lalu selepas lima bulan berkenalan.
Pasangan ini pada awalnya merancang untuk berbulan madu di London pada Januari depan, namun terpaksa menangguhkan seketika perancangan tersebut kerana Sasqia bakal terlibat dengan aktitiviti promosi filem terbaharunya, Misteri Delaila, bersama-sama barisan pelakon lain seperti Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Datuk Rosyam Nor dan lain-lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!