‘Mama pesan jangan rebut harta’

Tujuh daripada lapan anak Allahyarham.
Tujuh daripada lapan anak Allahyarham.
A
A
A

TUMPAT - “Mama ada berpesan kepada kami lapan beradik, sekiranya berlaku apa-apa kepadanya, jangan bergaduh berebut harta,” kata anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.

Irdina Hakim berkata, adik beradiknya lapan orang termasuk empat adik beradik tiri tinggal bersama ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 39.

Menurutnya, Allahyarham Faziani juga ada meluahkan rasa rindu terhadap datuk Irdina Hakim (bapa Allahyarham) dan bercerita ada bermimpi bertemunya.

“Kami adik-beradik tidak syak apa-apa, ingatkan itu luahan biasa memandangkan mama sejak akhir ini penat sangat uruskan perniagaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini.

Sementara itu, seorang lagi anak kepada Allahyarham, Iqbar Hakim Jasman, 20, meluahkan rasa sedih menerusi satu video yang dikongsi dalam laman sosial Instagramnya.

Iqbar memohon orang ramai mendoakan agar roh ibunya ditempatkan bersama para solihin.

“Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kemalangan.

“Saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua, kalau boleh sedekahkan al-Fatihah kepada mommy saya. Semoga dia ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” katanya melalui video tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam entri yang berlainan, Iqbar turut berkongsi perasaannya yang masih terkejut selain mewakili Allahyarham ibunya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dilakukan, termasuk menuntut sebarang hutang sekiranya ada.

Menurut Iqbar, ibuanya ke Pattani adalah untuk menyelesaikan kewajipan zakat di sana.

“Ujian berat untuk saya. Saya tak kuat, tapi saya perlu untuk tujuh orang adik saya,” katanya.

Suami Allahyarham, Shah Rizal Ibrahim menenangkan anaknya di rumahnya di Kampung Paloh.
Suami Allahyarham, Shah Rizal Ibrahim menenangkan anaknya di rumahnya di Kampung Paloh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!