Anjing selamatkan bayi ditanam hidup-hidup
BANGKOK - Seekor anjing kudung sebelah kaki di utara Thailand telah menyelamatkan bayi baru dilahirkan yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya.
Anjing digelar Ping Pong itu, dilaporkan menyalak dan menggali secara tiba-tiba kawasan lapang di perkampungan Ban Nong Kham hingga menampakkan kaki bayi tersebut.
Penduduk kampung kemudiannya segera membawa bayi tersebut ke hospital.
Siasatan awal mendapati, ibu bayi lelaki itu yang merupakan remaja berusia 15 tahun dipercayai cuba menyembunyikan kehamilannya.
Susulan itu, remaja tersebut telah didakwa membuang bayi dan cubaan membunuh.
Jurucakap balai polis Chum Phuang, Panuwat Puttakam berkata, remaja tersebut kesal dengan perbuatannya dan dia kini kini berada di bawah jagaan keluarga dan seorang ahli psikologi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!