Program FFG lebih tersentuh di bulan Ramadan
Beberapa ahli kumpulan Food For Gelandangan (FFG) yang terdiri daripada bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan sukarelawan lain membersihkan luka dan memberikan bantuan asas kesihatan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Raja Ahmad Shaharul Malek yang juga bekas pelajar Maktab Tentera Diraja sentiasa bersedia memberikan bantuan perubatan kepada gelandangan setiap kali aktiviti Food For Gelandangan (FFG) dianjurkan pada setiap Jumaat di sekitar Kuala Lumpur.
Adun Pelabuhan Klang yang juga bekas pelajar Maktab Tentera Diraja, Azmizam Zaman Huri mendekati anak jalanan ketika bersama-sama menyertai aktiviti Food For Gelandangan (FFG) di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pengerak utama program Food For Gelandangan (FFG) yang juga bekas pelajar Maktab Tentera Diraja, Azizan Zainal memberi taklimat kepada sukarelawan sebelum mereka mula mengedarkan makanan dan barang keperluan kebersihan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja meneruskan program kemasyarakatan Food For Gelandangan (FFG) yang selama ini menjadi program rutin mereka pada setiap Jumaat.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!