Hilang dua jari, gara-gara halau kera dengan mercun

Anggota bomba sedang memotong cincin di jari mangsa bagi memudahkan rawatan dilakukan pihak hospital.
Anggota bomba sedang memotong cincin di jari mangsa bagi memudahkan rawatan dilakukan pihak hospital.
A
A
A

SIK- Seorang lelaki hilang dua jari di tangan kiri akibat letupan mercun bola di Kampung Changhai, malam tadi.

Adik mangsa, Siti Noor Fatihah Mohd Akhir,20, berkata kejadian itu berlaku selepas waktu berbuka puasa ketika abangnya Omar Mohd Akhir,33, menunggang motosikal sambil memegang mercun bola untuk menghalau kera di kebun.

"Abang ambil upah jaga kebun orang. Hampir setahun juga dia dah jaga kebun tu.

"Waktu kejadian dia menunggang motosikal berseorangan sambil tangan kiri pegang mercun bola dan sebatang rokok yang bernyala," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya Kampung Changhai hari ini.

Katanya, mercun berkenaan terkena api nyalaan rokok, lalu meletup di tangan mangsa.

"Mungkin abang pegang empat biji mercun bola, sebab orang kampung ada dengar bunyi empat das letupan mercun pada waktu itu," katanya.

Katanya, dalam keadaan meraung, mangsa yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik itu terus mendapatkan bantuan penduduk kampung berhampiran.

"Abang dibawa ke Hospital Sik untuk menerima rawatan. Keadaan abang sekarang semakin stabil, dia kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Sik, Penolong Peguasa Bomba (PPgB) Mohd Faizol Izwan Hang Tuah berkata, pihak bomba turut dipanggil untuk membantu momotong cincin pada jari mangsa di hospital tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba dengan tiga anggota bergerak ke lokasi bagi membantu mangsa dan berjaya memotong cincin berkenaan bagi memudahkan rawatan dilakukan pihak hospital," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!