Tapak tangan budak tercucuk mata kail

Anggota bomba membantu memotong mata kail yang tercucuk di tapai tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di bahagian kecemasan Hospital Tumpat hari ini.
Anggota bomba membantu memotong mata kail yang tercucuk di tapai tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di bahagian kecemasan Hospital Tumpat hari ini.
A
A
A

TUMPAT - Tangan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun cedera apabila tercucuk mata kail sehingga perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan terdapat di tapak tangannya.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dihubungi pihak Hospital Tumpat untuk khidmat bantuan memotong sebahagian mata kail yang tersangkut di tapak tangan kirinya.

Ketua balainya, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Semail berkata, maklumat berhubung kejadian diterima selepas mendapat panggilan pada jam 1.30 tengah hari tadi.

"Empat anggota dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Tumpat. Operasi memotong mata kail dilakukan menggunakan 'ring' dan 'disc cutter'.

"Ia perlu dilakukan bagi memudahkan doktor melakukan pembedahan mengeluarkan serpihan mata kail yang tertanam di tapak tangan mangsa," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, bantuan kecemasan itu mengambil masa selama 15 minit yang kemudiannya mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk menjalani pembedahan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!