Info Hospital Pendang perlu diperjelas

Suraya Yaacob
Suraya Yaacob
A
A
A

PENDANG - Kerajaan PH wajar menyatakan dengan jelas info berkaitan projek Hospital Pendang yang dirancang sebagai hospital berpakar minor sebelum ini.

Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, kita tidak mahu PH menjalankan projek ini hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Katanya, info perincian berkaitan kontraktor; harga; tarikh siap bina dan juga isu jalan masuk perlu dinyatakan dengan jelas.

kl
kl

"Saya sangat teruja dengan berita ini kerana ini adalah sesuatu yang baik untuk rakyat terutama masyarakat sekitar Pendang," katanya.

Suraya berkata, sesuatu yang baik untuk rakyat wajar disokong namun begitu ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul.

"Kita cuma nak tahu info berkaitan projek hospital ini kerana kita bimbang ia tidak menjadi sebuah hospital berpakar minor seperti yang dirancang sebelum ini," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan berita berkaitan pembinaan Hospital Pendang yang sudah bermula seminggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!