‘Arwah wasiat jaga perniagaan’

Dalam kenangan... Mohd Faizul (kiri) bersama Allahyarham (kanan) dan suaminya, Ahmad Shah Rizal ketika penggambaran produk di Indonesia.
Dalam kenangan... Mohd Faizul (kiri) bersama Allahyarham (kanan) dan suaminya, Ahmad Shah Rizal ketika penggambaran produk di Indonesia.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik. Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum kematiannya.

Wasiat itu dikongsikan adik kelima Allahyarham, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut Mohd Faizul, Allahyarham mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.

Mohd Faizul berkata, dia juga perasan perubahan kakaknya itu sejak awal tahun lagi apabila ibu kepada lapan anak itu sering mengadu terlalu penat dan mahu berehat panjang selepas ini.

“Kak Ni (Allahyarham Faziani) sendiri pesan kepada keluarga dan suami supaya kami dapat uruskan perniagaannya elok-elok nanti jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya. Dia mahu berehat dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan lagi.

“Dia ada bagi tahu saya, isteri saya dan adik-beradik supaya ingat segala wasiatnya dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan memberi didikan terbaik,” katanya.

Kenangan percutian penganjuran hari keluarga di Langkawi baru-baru ini.
Kenangan percutian penganjuran hari keluarga di Langkawi baru-baru ini.

Mohd Faizul berkata, kakaknya juga berpesan jika dia sudah tiada lagi, sebiji berlian simpanan Allahyarham perlu diberikan kepada anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak pernah tengok berlian itu, tapi dia minta berikan kepada Irdina dan dia mahu kesemua anaknya tidak berebut harta kerana kakak sudah sediakan sebuah rumah setiap seorang,” katanya.

Faziani maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin selepas Toyota Estima dipandu suaminya merempuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!