Pantau lokasi panas warga Afrika: KPN

Muka depan Sinar Harian 20 Mei 2019.
Muka depan Sinar Harian 20 Mei 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memantau lokasi-lokasi panas warga asing termasuk kawasan yang dibanjiri warga Afrika.

Menurutnya, pemantauan yang dilakukan itu adalah berterusan bagi mengesan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh warga asing seperti jenayah dadah dan maksiat.

“Mana-mana tempat warga asing khususnya lubuk warga Afrika memang polis kerap terima aduan yang mengatakan kelompok ini mengganggu ketenteraman awam.

“Kelompok ini biasanya antisosial dan membawa budaya negara mereka ke Malaysia yang memang bertentangan dengan amalan kita. Mereka mabuk dan menari di atas jalan dalam keadaan separuh bogel dan sebagainya. Itu budaya tidak sihat mereka yang dibawa ke sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Ditanya kemungkinan polis akan melakukan operasi khas dengan menggempur lokasi yang dibanjiri warga Afrika susulan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, Abdul Hamid berkata, polis tidak akan bertindak begitu untuk balas dendam atau apa sahaja alasan atas apa yang berlaku kepada Siti Kharina.

“PDRM tidak akan bertindak melakukan racial profiling atau menyasarkan sesuatu kumpulan manusia berdasarkan warga kulit atau kewarganegaraan.

“Namun pemantauan ke atas apa yang dikatakan sebagai lubuk sesuatu bangsa akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, pelaku jenayah warga asing itu majoritinya datang ke Malaysia memang dengan niat hendak melakukan jenayah.

Artikel Berkaitan:

“Seperti warga Afrika, mereka umpan dan perdaya mangsa. Kemudian mereka datang ke Malaysia dengan niat menipu mangsa. Saya tidak merujuk kepada kes Siti Kharina. Tetapi berdasarkan kes-kes sebelum ini, kebanyakannya memang begitu senarionya,” kata beliau.

Kelmarin, sekitar jam 12 tengah hari, Abdul Hamid bersama pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak membuat pemeriksaan mengejut di kawasan di pangsapuri Aman Puri, Gombak.

Difahamkan pemeriksaan ekoran isu kebanjiran warga Afrika di perumahan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!