E-Mutiara beri jaminan tiket bas ke Kelantan cukup

Che Ibrahim dan Naemah beramah mesra bersama mereka yang diraikan dan penerima zakat.
Che Ibrahim dan Naemah beramah mesra bersama mereka yang diraikan dan penerima zakat.
A
A
A

KOTA BHARU - Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) memberi jaminan agar perantau tidak perlu bimbang kerana tiket bas balik raya ke Kelantan terutamanya Kota Bharu mencukupi.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, setakat ini tiket untuk seminggu sebelum dan selepas hari raya sudah habis dijual.

Bagaimanapun katanya, seperti kebiasaan pihaknya akan menyediakan sekurang-kurangnya lima bas tambahan untuk laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Tidak perlu risau Insya-ALLAH tiket bas balik Kelantan mencukupi. Perantau boleh balik berhari raya dengan bas nanti ke kampung.

“Kita juga akan menjual tiket tambahan bermula seminggu sebelum hari raya,” katanya kepada media sempena Majlis Penyampaian Zakat Kepada Duafa dan Iftar Jamaie Bersama Rakan Niaga E-Mutiara malam tadi.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan zakat kepada 271 penerima terdiri daripada pelajar tahfiz, asnaf dan pelajar kurang berkemampuan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan, Mahasan Mustapa dan Pengarah Pentadbiran dan Undang-Undang E- Mutiara, Naemah Ya’acob.

Dalam pada itu, Che Ibrahim mengingatkan orang ramai tidak membeli tiket selain dari kaunter syarikat berdaftar bagi mengelak ditipu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!