Kasut You agih 800 pek kurma
KUALA TERENGGANU - Syarikat kasut terkemuka, Kedai Kasut You Sdn Bhd mengagihkan sebanyak 800 pek kurma kepada pelanggan dan orang ramai sekitar premis yang berpusat di Jalan Banggol, di sini, Sabtu lalu.
Pegawai Pemasarannya, Siti Nur Farah Shuhadah Shamsuddin berkata, ia bagi meraikan sambutan Ramadan dan dalam masa yang sama menghargai sokongan pelanggan terhadap jenama itu.
"Kita harap dengan pemberian ini ia menceriakan orang ramai terutama pelanggan-pelanggan yang sentiasa berkunjung ke Kedai Kasut You.
"Dalam masa yang sama, kita juga berharap ia dapat mengeratkan lagi silaturahim bersama warga Terengganu," katanya.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Kamarudin Ali; Pengerusi Kawasan Rukun Tetanggana (KRT) Gong Baru, Hanafiah Ismail; Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Terengganu, Hafiz Hassan; Timbalan Ketua Polis Balai Kuala Terengganu, Nablan Abdullah Satar bersama tujuh anggota.
Siti Nur Farah Shuhadah berkata, kali ini tahun kedua pihaknya memilih untuk membuat agihan kurma kepada orang ramai sempena sambutan Ramadan.
"Dua tahun sebelum ini kita buat agihan bubur lambuk, tahun lepas dan tahun ini kita buat sedikit kelainan dengan agihan kurma.
"Usaha ini mendapat kerjasama beberapa pihak seperti akhbar Sinar Harian, Terengganu Fm, Polis Diraja Malaysia (PDRM), AADK dan JPNIN Terengganu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!