Video pergaduhan di JB tular di media sosial
JOHOR BAHRU - Video pergaduhan sekumpulan individu di hadapan sebuah hotel di sekitar bandar raya ini, tular di media sosial.
Menurut sumber, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca apabila berlaku salah faham di tempat bayar letak kenderaan automatik.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada 19 Mei lalu. Video tersebut bukan kes lama yang tular semula di media sosial.
“Ramai terlibat dalam pergaduhan ini, sebab bercampur juga dengan orang awam lain yang ada di lokasi,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Sumber berkata, individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dipercayai dari pusat hiburan berhampiran.
“Jadi polis bantuan yang dilihat kelihatan dalam video yang tular itu sedang meleraikan pergaduhan tersebut daripada terus berlaku.
“Ini kerana kejadian berlaku di dalam kawasan polis bantuan tersebut bertugas. Sebab itu, polis bantuan memberi tindakan awal,” katanya.
Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku antara 15 hingga 20 minit sebelum keadaan kembali reda.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!