Sidang pertama Parlimen Afghanistan kecoh

Beberapa ahli parlimen bertindak menghalang kerusi Speaker ketika kekecohan itu tercetus.
Beberapa ahli parlimen bertindak menghalang kerusi Speaker ketika kekecohan itu tercetus.
A
A
A

KABUL - Parlimen Afghanistan menjadi kecoh semalam apabila ahli dewan saling bertelagah tentang pelantikan Speaker baharu.

Sehari sebelum itu, ahli perniagaan terkenal, Mir Rahman Rahmani telah dilantik untuk memegang jawatan speaker, namun beliau didakwa gagal untuk memperoleh majoriti undi tunggal hingga mencetuskan pergaduhan antara kumpulan penyokongnya dan puak penentang.

"Kami tidak akan menerima pelantikan speaker baharu ini dan pemilihan semula bersama calon baharu perlu diadakan," kata ahli Parlimen dari Kabul, Mariam Sama.

Gambar yang menjadi tular di media sosial turut menunjukkan insiden kekecohan ketika sidang pertama itu.

Keputusan Pilihan Raya Parlimen pada Oktober lalu hanya dimuktamadkan pada awal bulan lalu selepas berdepan pelbagai isu termasuk dakwaan berlaku penipuan undi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!