Padah langgar syarat lesen

Tiga nelayan tempatan yang ditahan kerana langgar syarat lesen.
Tiga nelayan tempatan yang ditahan kerana langgar syarat lesen.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Tindakan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 menangkap ikan dengan menceroboh kawasan Zon A mengundang padah apabila ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira jam 3.30 awal pagi tadi.

Bot nelayan berkenaan sanggup menunda dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan berganda di kawasan larangan sebelum ditahan di kedudukan hampir 2.0 batu nautika dari Barat Pulau Rimau.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, hasil dari pemeriksaan, seorang tekong lelaki berumur 34 tahun bersama dua orang awak-awak berumur 26 dan 32 tahun berada di atas bot berkenaan.

Kesemua yang ditahan termasuk hasil tangkapan yang dirampas dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut.
Kesemua yang ditahan termasuk hasil tangkapan yang dirampas dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 8 batu nautika dari daratan terhampir.

"Bot berkenaan bersama satu gulung pukat tunda, dua buah besi tunda dan hasil tangkapan lebih kurang 200kg ikan campur telah dirampas.

"Kesemua mereka dan hasil rampasan itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hamizan berkata, tindakan bot nelayan berkenaan bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengundang bahaya kerana tidak menyalakan lampu.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengingatkan agar Komuniti Maritim Pulau Pinang bekerjasama dengan pihak APPM dalam menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang terutama pencerobohan kawasan zon menangkap ikan oleh bot pukat tunda yang sering menjadi rungutan nelayan pantai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!