Malaysia harus hasilkan ciptaan teknologi baharu
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sesi dialog bersama pemain industri mengenai Memacu Gelombang Industri Teknologi Tinggi di Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
Beliau berkata pada hari ini terdapat banyak ciptaan dalam teknologi yang amat memberi kesan dan membawa banyak manfaat kepada penduduk di seluruh dunia.
Kata Dr Mahathir, sebagai contoh setiap tahun orang membeli telefon bimbit yang baharu dan membuang yang lama, dan ini akhirnya memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
"Pengurusan sisa adalah sesuatu yang harus diambil kira oleh teknologi supaya kita dapat mengasingkan sisa dengan berkesan dan menggunakan semula sisa tersebut.
"Oleh itu, bagaimana untuk menangani sisa adalah sesuatu yang perlu dikaji," kata beliau pada dialog Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) 2018, yang dipengerusikan oleh pengerusi MIGHT Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali di sini hari ini.
Dialog itu dihadiri oleh 50 pemain industri berteknologi tinggi. Semasa sesi tersebut, Dr Mahathir menjawab beberapa soalan dari para pemain industri antaranya ialah memastikan hasil penyelidikan diubah menjadi perniagaan yang menjana kekayaan.
Perdana Menteri berkata teknologi mikrocip adalah juga sesuatu yang harus diberi tumpuan oleh rakyat Malaysia memandangkan kebanyakan produk teknologi tinggi yang baharu menggunakan mikrocip.
"Ini adalah hala tuju yang negara harus menuju dan mengkaji perkara ini," kata Dr Mahathir. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!