Kafa berhempas pulas kumpul RM3 juta
Bibi Ramjani (tiga, kanan) bergambar dengan barisan penaja TRW bagi musim hadapan.
A
A
A
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, suntikan dana ini perlu bagi memastikan skuad Kelantan dapat membuat persiapan untuk menjadi tiga kelompok teratas.
Setakat ini beliau berkata, Kafa menerima tajaan sebanyak RM2 juta termasuk dalam bentuk barangan.
Katanya, Rohm Wako Electronics dan Yakult merupakan antara penaja tetap TRW sejak 2016 lalu.
"Kita juga masih berbincang dengan dua syarikat gergasi yang menunjukan minat untuk membantu Kafa sebagai penaja utama musim hadapan.
"Ikutkan dana yang kita ada, belum mencukupi maka kita mengharapkan sokongan pelbagai pihak untuk menaja pasukan ini sekali gus mengurangkan beban kewangan Kafa," katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penaja, semalam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!