Kereta Timbalan Pendakwa Raya disimbah cat
KULIM - Kereta Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mahkamah Majistret Baling disimbah cat putih di Taman Mutiara 4A Sungai Kob, Karangan 5.30 petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 26 tahun yang berada dalam rumah menyedari perkara itu selepas dimaklumkan jiran.
Menurutnya, mangsa segera keluar dari rumah dan mendapati keretanya dipenuhi cat berwarna putih.
"Mangsa baru dua minggu bertugas sebagai TPR di Baling. Sebelum ini mangsa pernah bertugas selama dua bulan di Mahkamah Kulim.
"Cat yang digunakan berwarna putih dan jenis cat kapur yang boleh dibersihkan dengan air. Mangsa tiada masalah hutang," katanya.
Beliau berkata, polis masih melakukan siasatan terhadap kes ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!