Tiada aduan harga juadah naik: KPDNHEP

Mohd Faizul (dua dari kanan) memeriksa bazar Ramadan di Jerantut baru-baru ini.
Mohd Faizul (dua dari kanan) memeriksa bazar Ramadan di Jerantut baru-baru ini.
A
A
A

JERANTUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Jerantut belum menerima sebarang aduan atau rungutan berhubung kenaikan harga makanan dan minuman di bazar Ramadan daerah itu.

Ketua Cawangan KPDNHEP Jerantut, Mohd Faizul Salleh berkata, harga yang dikenakan didapati sama seperti tahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya terus melakukan pemeriksaan di bazar-bazar yang terdapat di daerah itu setiap hari.

“Ini untuk memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan mereka diingatkan supaya meletakkan tanda harga,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih 350 bazar diperiksa sejak 6 Mei lalu.

Katanya, aduan boleh disalurkan dengan menghubungi 09-2601374 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!