Bangladesh larang tangkap ikan selama 65 hari

Golongan nelayan mendakwa mereka bakal kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh tersebut.
Golongan nelayan mendakwa mereka bakal kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh tersebut.
A
A
A

DHAKA - Bangladesh melarang kegiatan menangkap ikan di luar pantai negara itu selama 65 hari sebagai langkah untuk menambah stok ikan yang semakin berkurangan.

Jurucakap kerajaan memaklumkan larangan ke atas kesemua jenis bot nelayan itu berkuatkuasa semalam sehingga 23 Julai depan di perairan Teluk Bengal yang bertepatan dengan musim pembiakan ikan.

"Sumber tersebut akan berkurangan satu hari nanti jika tidak digunakan secara mampan," Kata Menteri Perikanan dan Ternakan, Ashraf Ali Khan Khasru.

Susulan larangan itu, ribuan nelayan dilaporkan mahu mengadakan protes kerana bakal kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini, perikanan komersial pernah dikenakan larangan sama untuk tempoh jangka pendek. Kini, buat pertama kali ia melibatkan kesemua bot tangkapan ikan dan nelayan tempatan untuk tempoh lebih dua bulan.

Difahamkan, larangan menangkap ikan akan berkuatkuasa antara 20 Mei dan 23 Julai setiap tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!