30 gerai di Jalan Masjid India musnah dalam kebakaran

Bomba memadam kebakaran yang berlaku di gerai hadapan Wisma Yakin Jalan Masjid India.
Bomba memadam kebakaran yang berlaku di gerai hadapan Wisma Yakin Jalan Masjid India.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 30 gerai di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba L Logeswaran berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.35 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Sentul dan BBP Pudu bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah ‘water tanker’ bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Sebaik kita tiba di lokasi pada jam 1.44 pagi, didapati kira-kira 30 gerai yang ada di situ sedang terbakar.

Api marak membakar gerai-gerai berkenaan.
Api marak membakar gerai-gerai berkenaan.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.04 pagi.

“Bagaimanapun, semua gerai di situ musnah 100 peratus. Anggota kita kemudian meneruskan kerja-kerja pemadaman ‘overhaul’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kebakaran membabitkan kawasan perniagaan berkeluasan kira-kira 2,000 kaki persegi (185.5 meter persegi).

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran.
Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!