Nor Azuha penerima Tabung Prihatin

Keratan artikel kisah Nor Azuha yang disiarkan dalam portal Sinar Harian, semalam. Gambar kecil, Mohd Tarmizi.
Keratan artikel kisah Nor Azuha yang disiarkan dalam portal Sinar Harian, semalam. Gambar kecil, Mohd Tarmizi.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah keluarga miksin yang menetap di sebuah bangsal usang di Permatang Badak, adalah penerima bantuan Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar.

ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, Nor Azuha Wan Muda, 35, adalah penerima bantuan dari tabung terbabit pada 2013.

Menurutnya, bantuan secara berterusan diberikan keluarga terbabit kerana kedaifan mereka.

“Di sini tidak timbul isu pemimpin tidak peduli tentang nasib Nor Azuha.. saya sebagai ADUN dan pengerusi tabung Prihatin berterusan memberi bantuan kepadanya.

“Malah, setiap tahun Nor Azuha menerima bantuan pakaian sekolah dan pakaian raya bagi membolehkan dia merasai kemeriahan Aidilfitri,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kisah kesusahan hidup Nor Azuha yang hidup dalam kemiskinan sehingga dia gagal memenuhi permintaan anaknya untuk berbuka dengan martabak.

Malah, wanita itu turut mendiami bangsal usang selama 11 tahun akibat kesempitan hidup.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi meminta individu atau pihak yang ingin berkongsi kisah hidup golongan memerlukan perlu mendapatkan maklumat lengkat terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jangan sebar sesuatu gambar atau berita tanpa mengetahui kesahihannya.

“Kita tidak mahu pihak berkaitan termasuk pemimpin dikritik kerana dikatakan tidak menjalankan tugas, sedangkan rakyat di bawah DUN atau Parlimen sudah mendapat bantuan sewajarnya.

“Semua pihak perlu berusaha membantu sedaya mungkin dan bukan membantu untuk kepentingan politik semata-mata atau tujuan memburukkan orang lain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!