Kejayaan MCKIP bukti idea hebat kerajaan terdahulu

Muhammad Faiz
Muhammad Faiz
A
A
A

KUANTAN - Keupayaan Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) mencapai pelbagai kejayaan termasuk mengangkat jenama tempatan ke persada dunia membuktikan idea hebat kerajaan terdahulu.

Exco Pemuda Umno Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming tentang pelbagai pencapaian MCKIP mengakui kejayaan projek berkenaan.

Menurutnya, 85 hingga 90 peratus barangan yang dihasilkan di kawasan industri itu adalah berorientasikan eksport.

"Terdapat 11 kilang termasuk yang terbesar kilang besi dan keluli Alliance Steel (M) Sdn Bhd dan difahamkan kilang pembuatan kertas dan tayar yang kedua-duanya adalah 100 peratus untuk dieksport ke pasaran dunia telah menandatangani perjanjian untuk beroperasi di sini.

"Ini akan membawa masuk dana pelaburan 12 billion dengan menawarkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan membolehkan pemindahan teknologi ke sini, selain mewujudkan satu rantaian bekalan industri yang sekali gus memacu perkembangan ekonomi di Pantai Timur," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan baharu kerana memperakui idea hebat kerajaan terdahulu yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Terima kasih kerana sanggup membuat 'u-turn' demi rakyat kerana sebelum PRU14, mereka menyebarkan fitnah kepada kerajaan terdahulu.

"Mereka mendakwa projek MCKIP kononnya akan menjual negara kepada China tetapi sekarang mereka sudah mengakui kejayaan sebenar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!