Tip atasi masalah kulit kusam, jeragat
KAUM lelaki turut berhadapan dengan masalah kulit seperti kusam, berjerawat dan mata sembap. Semua ini disebabkan faktor cuaca, makanan, gaya hidup dan sebagainya.
Ikuti tip ini untuk mengatasi masalah kulit yang dihadapi oleh kaum lelaki.
1. Kulit kemerahan
Dihadapi oleh lelaki yang berhadapan dengan masalah kulit sensitif akibat sinaran matahari. Untuk meredakan kemerahan pada wajah adalah dengan merendamkan tuala bersih di dalam susu yang sejuk. Kemudian letak pada wajah. Kandungan protein akan meredakan kemerahan. Selain itu, anda boleh memilih produk dengan label ‘calming’ ‘soothing dan anti redness.
2. Berjerawat
Cara paling berkesan adalah dengan menyapu krim merawat jerawat bagi meredakan jerawat.
3. Pori-pori besar
Gunakan pelembap untuk mengecilkan pori-pori kulit dan membantu menghidrat serta melembutkan kulit. Ia juga membolehkan sebum menembusi lebih jauh ke dalam kulit dan bukannya berada di permukaan kulit. Lebih elok gunakan pelembap berasaskan air.
4. Mata sembap
Sentiasa menyapu pelembap untuk mengurangkan rengsa seperti serum. Anda juga boleh menghindari mata sembap ini tidur dengan dua bantal sebagai alas kepala. Melalui cara itu ia dapat mengawal cecair agar terus ke bahagian bawah mata dan mengekalkan kelembapan di bawah mata.
5. Kedutan
Menggunakan pelindung matahari seperti SPF dapat mengelakkan kulit berkedut. Selain amalkan pengambilan Vitamin C setiap hari kerana badan memerlukan kolagen untuk merawat kedutan.
6. Kulit Kusam
Berpunca akibat kurang pengambilan air dalam badan. Cara atasinya dengan lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua kali seminggu bagi menghasilkan kulit cerah berseri
Selain itu, amalkan ketika duduk tundukkan kepala anda pada paras lutut selama satu minit. Apabila kepala berada lebih rendah daripada jantung, graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah anda. Dengan itu, kulit akan menjadi lebih segar dan tampak kemerahan semula jadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!