Isu Nurul Izzah: Selesaikan dengan tenang
Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan Nurul Izzah itu perlu dihormati.
"Meskipun keputusan beliau mencetus kejutan yang tidak terjangka, harus ditanggapi dengan tenang
"Ketetapan tersebut harus dihormati dan tidak sama sekali memudarkan semangat perjuangan beliau dan seluruh akar umbi PKR untuk terus mara ke hadapan," katanya yang juga Ketua PKR Jasin dalam satu kenyataan, hari ini.
Hari ini Nurul Izzah Anwar membuat pengumuman meletak jawatan Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Shamsul yang juga Timbalan Menteri Industri Utama melahirkan keyakinan Nurul Izzah akan sentiasa mengutamakan kerangka besar perjuangan reformasi sebagaimana yang beliau teladani sejak tahun 1998 lagi.
"Buat YB Nurul Izzah, ayuh bersama di bawah ri'ayah keadilan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!