Sultan Johor, keluarga berbuka puasa bersama PDRM

Sultan Ibrahim menunaikan solat Maghrib dengan warga PDRM di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO: Royal Press Office
Sultan Ibrahim menunaikan solat Maghrib dengan warga PDRM di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO: Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor, semalam.

Sultan Ibrahim diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat sama, paduka-paduka anakanda serta menantu, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Terdahulu, keberangkatan Sultan Johor dan keluarga Diraja Johor disambut oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal.

Pada majlis itu, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada balu anggota polis, anak-anak yatim dan pejuang-pejuang kanser seramai 40 orang.

Raja Zarith Sofiah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. FOTO: Royal Press Office
Raja Zarith Sofiah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. FOTO: Royal Press Office

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!