Bonus raya RM500 untuk penjawat awam Kelantan

Ahmad ditemui pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim tengah hari tadi.
Ahmad ditemui pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim tengah hari tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 6,600 penjawat awam di Kelantan akan menikmati bonus raya sebanyak RM500.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM3.3 juta.

Menurutnya, agihan dijangka dibuat secepat mungkin iaitu dalam tempoh dua minggu ini atau sebelum Syawal.

“Sebagaimana negeri lain, penjawat awam di negeri ini akan menerima bonus raya dan masa agihan bergantung kepada aspek teknikal, sasarannya menjelang Aidilfitri,” katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Dalam masa sama, Ahmad turut mengulas mengenai cadangan kerajaan negeri untuk memberi potongan 70 peratus terhadap kadar denda, cukai tanah di negeri ini.

Katanya, tawaran itu berkuat kuasa hari ini sehingga Disember akan datang.

Beliau berkata, pemilik tanah masih perlu melunaskan cukai sedia ada dan kadar diskaun yang diberi itu pula, hanya melibatkan denda yang dikenakan.

“Ia bukan perkara baharu, tahun lepas kita juga beri potongan yang sama cuma tahun ini kita lanjut tawaran selama enam bulan berbanding sebulan sahaja, tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa, ramai tak bayar cukai sebab berdepan dengan kos denda,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!