Empat artis jadi sahabat durian
EMPAT artis muda iaitu Sissy Imann, Fara Hezel, Wani Kayrie dan Raja Syahiran telah dilantik sebagai Sahabat Festival Durian Bangi Golf Resort pada tahun ini yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai depan.
Majlis pengumuman dan pelancaran festival telah diadakan di Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor baru-baru ini.
Menurut pengarah festival berkenaan, BK Tan, kesemua selebriti ini adalah antara peminat durian dan mereka akan turut serta memeriahkan festival kelak.
“Selain daripada pasar petani, festival ini juga akan dimeriahkan dengan acara sokongan Kejohanan Dunia Durian, Larian Durian dan Konsert Raja Buah yang akan akan menghidangkan bukan sahaja persembahan daripada artis terkenal tanah air, malahan jamuan makan malam berasaskan durian.
“Larian Durian akan menyaksikan peserta berlari bersama durian di dalam padang golf di Bangi Golf Resort. Dua kategori diadakan, Elit dan Fun Run dibuka untuk semua,” katanya.
Tambah BK Tan. dia mahu Bangi menjadi pusat tarikan pelancong iaitu keluarga dan sahabat handai dapat berkumpul, menikmati durian dari seluruh Malaysia dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menarik.
Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 akan berlangsung dari 13 hingga 14 Julai 2019 dari 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!