Kes baling botol arak di surau, polis sahkan terima laporan
KUALA LUMPUR - Polis menerima satu laporan berhubung kejadian membaling botol arak di pekarangan Surau Al-Makmur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Jalan Pantai Dalam malam kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes ini akan dilihat daripada segi perbuatan khianat.
Katanya, polis akan memantau kejadian ini dan akan mengadakan program cegah jenayah bagi memastikan ketenteraman awam di kawasan PPR itu.
"Polis pandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan hal keagamaan. Saya ingatkan masyarakat untuk perlunya saling faham dan menghormati agama lain.
“Usah bertindak sedemikian. Kita harap perkara ini dapat dihindari agar kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Surau PPR Seri Pantai dihujani botol arak
Terdahulu, jemaah Surau Al-Makmur Projek PPR Sri Pantai dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling beberapa botol arak kosong di perkarangan surau berkenaan.
Kejadian dikatakan bermula sekitar jam 8.30 malam ketika jemaah dari Blok 100 dan 102 PPR terbabit ke surau itu untuk menunaikan solat Isyak seterusnya solat sunat tarawih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!