Hidung anak berlubang gara-gara bapa jatuh tergelincir

Afif cedera selepas bapanya tergelincir ketika menuruni tangga. - Foto Facebook DamianaJun.
Afif cedera selepas bapanya tergelincir ketika menuruni tangga. - Foto Facebook DamianaJun.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita trauma apabila hidung anaknya belubang selepas terjatuh dan terkena bahagian tajam dinding rumahnya.

Seperti perkongsian DamianaJun di laman Facebook miliknya, dia menceritakan detik cemas anaknya, Afif terjatuh ketika berada dalam dukungan suaminya yang berlaku di hadapan matanya baru-baru ini.

DamianaJun berkata, ketika kejadian jam 5.40 petang itu, Afif baru terjaga dari tidur dan insiden berlaku bukan kerana dia lasak. Sebaliknya, suaminya tergelincir ketika hendak menuruni tangga.

“Posisi muka Afif ketika di atas bahu Abinya menghala ke belakang. Jadi, bila Abi Afif jatuh terlentang, muka Afif terus tersembam pada tiang sebelah tangga dan bucu tangga.

“Bentuk tajam pada permukaan tiang tertusuk tepat pada bahagian tulang hidung Afif sehingga menyebabkan lubang yang agak dalam kira-kira 3.8 sentimeter,” tulisnya.

Menurutnya, selepas terjatuh Afif muntah dua kali selain darah mengalir tanpa henti.

Dari Hospital Kuala Berang, Afif terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut memandangkan kecederaan yang dialami kanak-kanak itu parah.

Setibanya di HSNZ pada jam 8 malam, Afif diperiksa pakar mata dan hidung. Matanya terpaksa diperiksa berikutan bimbang terdapat kecederaan pada saraf mata akibat dari hentakan yang kuat.

Artikel Berkaitan:

“Banyak kali juga doktor periksa. Alhamdulillah tiada sebarang masalah. Tetapi hidung perlu pembedahan kecil. Keesokan hari Afif dibawa ke bilik bedah dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Luka pun dijahit dengan baik. Sekarang tunggu masa untuk sembuh. Insya-ALLAH. Doakan Afif,” tulisnya lagi.

Selepas kejadian itu, DamianaJun mengakui berasa takut apabila melihat suami mendukung anak-anaknya.

Dalam pada itu, dia turut mengingatkan orang ramai bahawa kemalangan bukan hanya disebabkan anak akftif semata-mata, tetapi juga boleh berlaku pada bila-bila masa walau di mana berada.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!