SKMM keluarkan dua dokumen mengenai penggabungan, pengambilalihan

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan dua dokumen, Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan dan Garis Panduan mengenai Kebenaran Pengendalian.

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata, dokumen itu bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan memberikan kejelasan kepada industri mengenai pendekatan SKMM ketika menilai penggabungan dan pengambilalihan Syarikat telekomunikasi, serta kebenaran pengendalian yang akan mengurangkan persaingan di pasaran komunikasi.

"Industri komunikasi dan multimedia adalah komponen penting dan penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Dasar yang memastikan industri berdaya saing dan berpandangan jauh dapat memberi kesan ketara kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya.

Menurutnya, walaupun penggabungan dan pengambilalihan membolehkan syarikat mencapai kecekapan melalui skala dan skop yang lebih besar, serta mendapat akses kepada teknologi dan pasaran baharu, ia juga boleh mengurangkan persaingan dan mengakibatkan penguasaan pasaran. "Sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia, adalah penting bagi kita menyeimbangkan antara membolehkan syarikat meneruskan strategi korporat dan mengutamakan pulangan pemegang saham, sambil mengekalkan dinamik persaingan dalam pasaran untuk melindungi produk dan perkhidmatan yang tersedia untuk pengguna dan perniagaan," katanya.

Dokumen boleh dimuat turun dari laman web SKMM di pautanklik di sini dan di sini - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!