Jenazah Muhammad Adib diterbangkan ke Kuala Kedah

Muhammad Adib
Muhammad Adib
A
A
A
SUBANG - Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diterbangkan ke Kedah dari Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang, di sini, pagi ini.

Pesawat yang membawa jenazah akan mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Temengau, Kuala Kedah.

Allahyarham yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya meninggal dunia jam 9.41 malam tadi.

Terdahulu, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Artikel Berkaitan:


Polis kini mengklasifikasikan kematian pegawai bomba, Muhammad Adib sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!