Enam maut kebakaran hospital di Mumbai
Kebakaran di tingkat empat Hospital Employees State Insurance Corporation di pinggir Marol, Mumbai menyebabkan seluruh bangunan lima tingkat terbabit dipenuhi asap.
Menurut sumber polis, enam orang maut,namun semua pesakit lain berjaya diselamatkan.
"Operasi mencari masih berjalan dan pihak bomba sedang memeriksa sama ada masih terdapat mangsa terperangkap,” kata polis.
Datuk Bandar Mumbai, Vishwanath Mahadeshwar pula memaklumkan punca kebakaran masih disiasat. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!