Jenazah Muhammad Adib dibawa keluar dari IPFN HKL

Kenderaan yang dipercayai membawa jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim kelihatan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.
Bedah siasat jenazah Muhammad Adib akan dilakukan di HKL sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk pengebumian.
Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - Foto Bernama
Kenderaan yang dipercayai membawa jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim kelihatan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini. Bedah siasat jenazah Muhammad Adib akan dilakukan di HKL sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk pengebumian. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dibawa keluar dari pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, di sini, pada 7.18 pagi selepas selesai proses bedah siasat.

Jenazah Muhammad Adib dibawa keluar dari IPFN menggunakan van jenazah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diiringi pasukan pengiring JBPM dan Polis Diraja Malaysia untuk dibawa ke kemudahan Airod, Subang.

Allahyarham Muhammad Adib akan diterbangkan menggunakan helikopter di lapangan terbang berkenaan ke Kedah untuk dikebumikan di Kampung Tebengau, Kuala Kedah atas permintaan keluarga.

Terdahulu, jenazah Muhammad Adib dimandi, dikafan dan disolatkan di perkarangan IPFN yang disertai lebih 50 jemaah terdiri daripada pegawai kanan dan anggota bomba.

Setibanya jenazah Muhammad Adib di Kedah, JBPM akan mengadakan istiadat pengebumian kebombaan sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Muhammad Adib dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur.

Dalam kejadian awal pagi 27 Nov lalu, Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Allahyarham ketika itu, menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil berkenaan.

Susulan kematian anggota bomba berusia 24 tahun itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata kes itu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh. - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!