Syarikat Halal Hub ambil alih projek korek pasir

Norhizam
Norhizam
A
A
A

ALOR GAJAH - Projek mengorek pasir bagi mendalamkan dasar Sungai Rembau akan diteruskan namun diambil alih syarikat milik kerajaan negeri, Halal Hub Sdn Bhd.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata, pemberian kontrak kepada syarikat baharu itu selepas mendapati syarikat yang beroperasi sebelum ini sering bermasalah termasuk melanggar syarat ditetapkan.

Menurutnya, syarikat terbabit hanya mementingkan keuntungan hingga menjejaskan ekosistem sungai termasuk hasil tangkapan nelayan turut berkurangan selain mereka tidak dapat turun ke laut.

"Syarikat yang beroperasi itu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri malah telah mendatangkan permasalahan kepada nelayan di kawasan berkenaan.

"Sedangkan dalam perjanjian mengatakan sekiranya tebing sungai runtuh akibat kerja mengorek ia mesti ditambak dan dibaiki semula supaya tidak menjejaskan ekosistem namun tidak dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norhizam berkata, syarikat Halal Hub akan meneruskan projek mendalamkan dasar sungai berkenaan dan meletakkan konsesi selama enam bulan sepanjang 3.5km sungai tersebut.

"Kita akan menggunakan kepakaran syarikat ini untuk membantu mendalamkan dasar sungai sekali gus mampu merancakkan pembiakan hidupan di dalam sungai itu.

"Hala Hub merupakan syarikat korporat yang dilihat komited menuju ke pasaran global," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Sinar Harian pernah menyiarkan mengenai masalah nelayan yang terjejas disebabkan projek mengorek pasir di Sungai Rembau.

ARTIKEL BERKAITAN: PH pantau kerja korek pasir di Melaka: Norhizam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!