Dua tahun tinggalkan anak

Md Kharodin bersama anak angkatnya, Eka Nor Anita.
Md Kharodin bersama anak angkatnya, Eka Nor Anita.
A
A
A
KLUANG – “Selepas meninggalkan anaknya di rumah kami kira-kira dua tahun lalu, ibu bapa kanak-kanak ini terus tidak dapat dihubungi hingga sekarang,” kata Md Kharodin Ruas, 54.

Md Kharodin, 54, berkata, sebelum kejadian itu, wanita dikenali sebagai Farida, 22, dan suaminya Imam Rifai, 26, bekerja serta tinggal di kedai makannya di Kampung Batu 6, Benut, bersama seorang anak perempuan, Eka Nor Anita, 6.

“Farida dan suaminya merupakan warganegara Indonesia dan sewaktu dia meninggalkan anaknya kepada saya, usia Eka ini baru 4 tahun dan saya percaya kedua ibu bapanya sudah pulang ke Indonesia.

“Pasangan ini mula bekerja dengan saya pada 2015 dan asalnya tidak mempunyai sebarang masalah sehinggalah tarikh permit hampir tamat pada Mei 2016, menyebabkan pasangan ini menyatakan hasrat untuk balik ke Indonesia,” katanya.

Menurutnya, tindakan tersebut bagi membolehkan mereka memperbaharui semula pas kerja sementara, selain pasangan berkenaan berjanji kembali semula ke Malaysia.

Katanya, ketika enam bulan pertama pasangan tersebut pulang ke Indonesia, mereka sentiasa berhubung dan bertanyakan khabar anak perempuannya yang terpaksa ditinggalkan berikutan ketiadaan permit membawanya pulang.

“Walau bagaimanapun, pada Disember 2016, kami gagal berhubung malah nombor telefon yang diberikan juga tidak dapat dihubungi hingga sekarang menyebabkan kami berhasrat menjadikan Eka sebagai anak angkat.

“Saya juga pernah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang untuk buat permohonan anak angkat, namun ditolak atas alasan ketiadaan surat penyerahan anak angkat secara sah,” katanya.

Katanya, ketiadaan dokumen lengkap berkaitan ibu bapa turut merunsingkannya termasuk urusan persekolahan.
Artikel Berkaitan:


“Jadi, saya harap sekiranya pasangan ini kembali bekerja di negara ini, tolong hubungi saya di 013-7455364,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!