Cubaan seludup rokok gagal
KUALA LANGAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan kegiatan sindiket penyeludupan rokok bernilai RM160,000 dalam operasi di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Judah, Pulau Carey, di sini, hari ini.
Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, operasi Ops Nyah 1 kira-kira jam 6.30 pagi mengesan sebuah van berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan menjumpai 62 kotak mengandungi 3,100 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM160,000.
"Semakan lanjut mengesyaki van terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat dan pihaknya percaya pemilik van terbabit telah melarikan diri sebaik mengesan kehadiran pihak berkuasa.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok ini akan diedar di sekitar kawasan daerah Kuala Langat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!