Belanjawan perlu didengar semua: Aminuddin
SEREMBAN - Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 pada Sidang Dun ke-14 semalam, sepatutnya didengari oleh semua Adun pembangkang.
Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, sepatutnya mereka dengar dan memberi komen berhubung pembentangan tersebut.
"Tetapi mereka keluar tinggalkan Dewan dan ini menunjukkan gambaran tidak baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan 16 Adun pembangkang keluar Dewan, semalam.
Tindakan tersebut dibuat selepas Adun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan memohon untuk membawa usul supaya kerajaan negeri menyatakan pendirian terhadap ICERD ditolak Speaker Dun.
Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati pembangkang yang mahu usul itu dibahaskan pada persidangan semalam.
Katanya, Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang sentiasa dipegang malah tiada isu bahawa selama ini berlaku penindasan terhadap kaum lain.
"Tiada diskriminasi dan hak semua dijaga sesuai sudah termaktub dalam Perlembagaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!