Laluan dinaiki air susulan hujan lebat
PETALING JAYA - Susulan hujan lebat pada petang tadi, laluan berhampiran Taman Medan menuju ke Petaling Jaya Selatan (PJS) dinaiki air sehinga menganggu lalu lintas di kawasan berkenaan.
Menerusi foto yang dimuat naik menerusi laman Facebook Komuniti Taman Medan & Taman Datuk Harun memaparkan gambar laluan itu yang dinaiki air selepas hujan lebat melanda di kawasan tersebut.
Di samping itu, turut kelihatan anggota keselamatan sedang giat mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Menurut seorang netizen, Roslawati Abdullah, selain laluan berkenaan, kawasan sekitar Maju Jaya turut terkesan dengan kejadian hujan lebat pada petang tadi.
"Dekat Maju Jaya pun teruk hari ini. Hujan dah perlahan pun lorong paling kiri sahaja boleh lalu," katanya.
Selain itu, Azwan Hadi juga meminta supaya pengguna lalu lintas dapat mengutamakan keselamatan dan bersabar dengan keadaan kesesakan yang berlaku.
"Sesak teruk juga. Harap semua pengguna dapat bersabar dan mengutamakan keselamatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!