Warga emas dicekup berjudi

Aktiviti perjudian atas talian dikesan beroperasi dari rumah kediaman berkenaan.
Aktiviti perjudian atas talian dikesan beroperasi dari rumah kediaman berkenaan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Enam wanita termasuk tiga daripadanya berusia antara 60 dan 75 tahun ditahan ketika leka bermain judi atas talian di sebuah rumah dekat Taman Keladi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang mengaku sebagai tuan rumah dan operator judi terbabit.

Menurutnya, aktiviti perjudian berlangsung dengan pembelian tambah nilai top up judi atas talian yang dijual pemilik rumah yang turut menggabungkan penggunaan komputer riba dalam bilik utama rumah berkenaan.

"Hasil semakan mendapati, dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tiga warga emas berusia 60 hingga 75 tahun ditahan leka bermain judi di sebuah rumah dekat Taman Keladi Sabtu lalu.
Tiga warga emas berusia 60 hingga 75 tahun ditahan leka bermain judi di sebuah rumah dekat Taman Keladi Sabtu lalu.

"Modus operandi ialah pengendali menjadikan rumah sebagai pusat perjudian yang berjaya menarik minat pelanggan yang terdiri daripada penduduk tempatan iaitu perempuan yang berusia," katanya.

Menurutnya, polis juga merampas sebuah komputer riba induk yang memaparkan transaksi tambah nilai perjudian atas talian, sebuah modem, enam set komputer riba memaparkan permainan judi dan wang tunai RM2,800 disyaki hasil jualan top up judi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di mana denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000, mesin judi dirampas dan hukuman penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, berdasarkan tangkapan judi atas talian di rumah kediaman, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memberi kuasa kepada pegawai polis dengan maklumat bertulis dan alasan kukuh membuat pemotongan selama 30 hari ke atas mana-mana premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!