Mahkamah Rayuan Singapura dengar permohonan Pannir esok
SINGAPURA - Mahkamah Rayuan Singapura akan mendengar esok permohonan oleh seorang rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman bagi penangguhan pelaksanaan hukuman mati ke atasnya yang dijadual dilaksanakan pada Jumaat, 24 Mei.
“Permohonan ini difailkan oleh Pannir sendiri dari penjara,” kata penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran dalam satu kenyataan hari ini.
Pannir juga telah mengemukakan rayuan akhir bagi pengampunan kepada Presiden Singapura Halimah Yacob.
Pannir disabitkan pada 27 Jun, 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84 gm diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!